May 11, 2010

cinta dalam hati

dari telinga kanan hingga ke telinga kiri..

pusing pusing!

semua dok cakap pasal kahwin.!!

tak pasal-pasal semua tanya bila aku nak kahwin?

aku pun tak tahu! hahaha~

kesian mama, bila orang dok tanya, bila kawan -kawan dia, saudara sepupu papatnya pun bertanyakan soalan yang serupa.

nasib mama sangat cool!
beliau terus jawab: dia ada banyak benda nak buat sebelum kahwin.

tahun 2009, mama dan kakak ku sibuk mencari calon -calon untuk dijodohkan.aha!
tersentap nok! beriya pula.
nasib mama sedar keinginan dan cara hidup aku tak sama dengan anak -anak gadis di luar sana, lalu tahun 2010 mama meluahkan pada kakakku yang dia juga tak mahu aku berkahwin awal.

terharu, aku tahu mama akan rasa sunyi nanti. hmmmm.
aku tetap anak kecil dia.
masih mahu dia suapkan aku,dodoikan aku dengan suara merdunya itu.
aku masih mahu bermanja dengan nya.

haih! still aku merasa kadang-kadang mengapa aku masih tak fikir nak berkahwin.
asyik kesana sini dengan lelaki-lelaki. haih.memang lah tak manis dipandang orang,
tetapi aku lebih selesa lepak dengan kaum mereka ini.
bila difikirkan balik, aku terlalu lali dengan lelaki sampai kadang-kadang aku tak hairan dengan perasaan mereka yang mahu mendekati dan mendalami perasaan aku.

bila ada perempuan yang cemburu kerana aku keluar melepak dengan jantan-jantan idaman mereka, aku hanya mampu ketawa sahaja. mungkin aku bertuah dikelilingi lelaki-lelaki hot (pandangan dari perempuan yang cemburu tadi) tetapi kekurangannya ialah ada lelaki yang takut dengan aku kerana mereka fikir aku memandang pada rupa....oh oh,anda silap! no no..

Anda semua dapat peluang percubaan,asalkan tahu bagaimana. Walaupun anda kacak, tetapi jika perilaku anda menjengkelkan saya,confirm wa blah dari lu awal-awal lah weyyh.
dan kebiasaannya lelaki kacak suka sangat *terlalu kawal macho* which is so fake!
sedangkan saya lebih gemar anda dengan gaya bersahaja iaitu gaya jujur dengan diri sendiri.

ewah,ini dah macam tips memikat saya pula!

peringatan: kalau salah langkah confirm kau dapat makian percuma,indah sangat tau!

tuhan maha adil, bagi hati yang tidak mencari cinta lelaki berlumba-lumba datang membawa harapan.
tetapi bagi mereka yang mengharap cinta,takda pula lelaki datang bawa hati nak bagi kat diorang.kan?

(mengapa? cuba renung-renungkan)
kerana hati yang amat mengharap cinta itu kadang terdorong dek nafsu. nafsu akan membawa engkau ke jalan kemaksiatan.maka cinta yang engkau idamkan ialah cinta hawa nafsu.sebab tuhlah engkau sukar mendapat cinta. Tuhan telah cuba berikan terbaik untuk engkau hindarkan cinta sebegitu tetapi mengapa engkau tidak mensyukuri lalu mengingkarNya....


oh yah, pada fhara,fate, geng2 masa kecik dulu, sekarang mak-mak mereka pun dah sebok carikan calon.
aha.goyang korang!
makcik,anak-anak makcik belom berminat lagi pada perkahwinan!


2 comments:

Selamber Rock said...

oohh..terima kasih atas entri ini..

aku juga belum mahu berkahwin walaupun kadang2 jeles ngn kwn2 sbbnya aku pikir aku belom mampu nak berkomitmen....bleh kan alasan cam tuh?

syndrome of roXstar said...

aha.betul.bila keinginan kahwin mengatasi komitmen tuh yg byk jadinya kahwen cerai..sebab keinginan itu sudah pudar maka motivasi diri menurun,megurangkan lagi tahap komitmen terhadap rumah tangga..cewah...

kejora:sangat boleh sebab satu hari nanti ku tahu kamu akan sentiasa jadi ibu yg terbaik untuk anak2..bukan semata2 keinginan dan nafsu sahaja..

*mode:ceramah motivasi diri*