Showing posts with label orang orangan. Show all posts
Showing posts with label orang orangan. Show all posts

June 27, 2011

beautiful liar, (though you're not so pretty)

there is one real thing, i dont really get it.





WHAT DO YOU WANT FROM ME??






silence is the best treatment against psycho like you.





*im not crazy over your rage. deal with it!



November 20, 2010

l.o.v.e this


i l.o.v.e baby
kids

i want to have my own

but

will i have them someday?





hey you,please find me here.
so that i can have my own kids.

where are you?


October 29, 2010

bukan seperti dahulu...

aku tertawa kecil pagi ini.
setelah hati aku terdetik mengingatkan kamu.
bagaimana senyumanmu, gaya percakapanmu yang manis.
membuatkan orang kagum melihat kamu petah berbicara.
persona kamu yang memikat sesiapa sahaja yang baru mengenalimu.
tambahan pula dengan citarasa fesyen yang dikau miliki membuat mereka menoleh dua kali.

dan aku,
kagum dengan sifat rendah dirimu.
kamu tidak setipikal seperti gadis yang segolongan denganmu.
kerna kekagumanku, aku canangkan kepada semua betapa aku bangga dengan budi bicara dan sifat luhur mu.

dan aku,
bangga pernah menjadi sahabatmu.
ya,
kita pernah sahabat.

aku hargai apa sahaja pengalaman pahit manis aku denganmu.
terima kasih sahabat.

maafkan jika selama ini tidak aku sedari tutur bahasa dan sikap aku yang kurang disenangi.
aku harap kamu berterus terang denganku jika kamu benar-benar faham akan erti sahabat.
tetapi baru ku tahu,
perempuan apakah kamu ini.
sejujurnya aku kesal.
kamu sedikit pun tidak menyatakan perkara ini denganku.

yaa tak perlu rasa meluat dengan entri kali ini.
kamu sudah lama simpan pun rasa itu.
dan ini kali yang keduanya.
tak mengapa teruskan begitu.

aku harap kamu terus dengan kegembiraan yang kamu impikan.
aku sentiasa doakan untukmu.
kerna dari dahulu kebahagiaan kamu tak pernah kekal.
tetapi aku harap kali ini kebahagiaan akan kekal untuk selamanya dan kejayaan sentiasa mengungguli hidupmu.

hanya kerana sekelumit perasaan cemburu dan tidak puas hati telah menukarkan satu hubungan persahabatan kepada kebencian.

aku tidak salahkan sahabat aku kerna dia manusia biasa dengan pandangannya tersendiri.
segala tohmahan yang beliau lemparkan aku terima sahaja, kerna memang sifat aku yang lebih suka mendiam diri dan beralah kepada keadaan supaya keaadaan menjadi lebih mudah bagi orang yang membenci aku agar dia mahupun sesiapa tak perlu berada dalam masalah terlalu lama.

kerana masa sentiasa bergerak dan masalah hanya akan melambatkan kita.
sedangkan di dunia masih banyak pancaroba yang perlu ditempuhi, dugaan yang diberi dan sudah tentu perkara-perkara yang menarik yang membuatkan kita tersenyum dan bersyukur kerna masih bernafas di dunia yang sementara ini.

dan aku masih berharap jika suatu hari kita boleh lupakan segala.
akan kembali tertawa mengenangkan kebodohan diri.
dan bercerita betapa suksesnya kehidupan kamu dan anak-anak.
tentang apa yang kita lalui di masa muda itu.

p/s: perpisahan ini lebih pedih dari berpisah dengan boyfriend aku dulu kot. at least you were there for me. and we got each others back.thanks ;B

October 25, 2010

wOnder woMan

rasa janggal bila kat tempat sendiri.

pelik.

tetapi itulah yang sering aku rasakan bila aku jalan kat terminal one.

dulu masa kecik-kecik ni lahh tempat lepak. dave's deli wajib duduk sampai 3pat jam.takpun 3pat kali keluar masuk.haha.

tetapi, tempat tuh dah takda lagi.

tetapi lagi, ini bukan cerita yang ingin di kongsi. ngengs!

oh ya, memang lepas dah dapat usha handbag untuk mama kat parkson terus aku angkat kaki pergi kat parking terminal yang scary mary tuh.

panjat tangga sikit ala-ala kau sihat dan kuat.

tetibe,

aci, money aci..aciii moneylaaa &&%###$$@@**

terkejut aku, damnnn bukan mamat tuh cakap dengan aku lah!

dia cakap dalam tamil kot,sah sah aku bukan orang yang tepat untuk berbahasa dengan beliau!

lokasi: tangga parking terminal one tingkat 7L

ohhh, shiiiiisss mamat india nih sedang seakan mengugut seorang gadis india dalam lingkungan pertengahan 20-an. siap jerkah-jerkah sambil tangan ketuk-ketuk dinding nak tampar-tamparnya gadis dihadapannya dengan lagak macho ala-ala hero jahat filrm tamil kat tv2 tuh.

gadis yang berpakaian baju kurung berwarna turqouise, memeluk erat failnya ke dada, wajahnya resah seakan-akan malu dengan situasi dihadapan aku, dan beberapa lelaki cina yang kelihatan takut-takut nak meneruskan perjalanan menaiki tangga itu.

sempat aku kerling mata aku ke dada gadis itu, bukanlah nak ukur saiz bra dia cup A ke B ke.. cuma aku tertarik dengan nametag yang tersemat..terus kepala otak aku rasa..mesti beliau ini seorang cikgu!YES, pandainyeeeee aku!

ok, setelah aku berjaya dalam teka&menang, aku kembali ke dunia realiti.
ok, gadis itu dalam kesusahan.check.
dia perlukan pertolongan.check.
aku, sebagai manusia budiman.check
senjata..ergh kunci kereta je yang ada.check.
emosi,masih terkawal.check.

mamat yang berang tuh terus pandang aku, sebab aku seorang je masih tercegat macam patung depan diorang seolah-olah ingin terus meyaksikan ada happy ending tak?

bodoh kau ni.nak mati ke! *cara mata mamat tuh pandang aku*

aku pandailah giler.aku ada degree!and aku harap aku tak mati sebelum impian aku termakbul! *cara aku replied balik pandangan beliau*

pertarungan mata antara aku dan mamat india ini tidak boleh di lanjutkan lagi.

aku mengalah.

teruskan perjalanan.

sambil melangkah aku toleh kembali ke belakang.

mata gadis itu menyorot perlahan dengan harapan aku masih boleh membantu dia.

shiiiiiisssshhh tak sampai hati aku.lemah!

masa itu aku berdoa, Ya Allah, kenapalah bukan aku yang kau kurniakan super power!

kenapa,kenapa jin hijau bodoh dalam iklan tuh boleh dapat superrr power!! tak adil!

terus aku berlari kecewa ke kereta.isk isk.kenapa bukan aku wonder woman?

KENAPA!!!!!

enjin kereta dah start mengaum, tapi aku masih berat hati lagi.
masa aku betulkan cermin pandang belakang, tiba-tiba ada lelaki berpakaian seragam warna putih merah.

YES!! terima kasih Ya Allah.


aku berlari keluar dari kereta, dan terus menyerbu pegawai keselamatan yang masih muda. ya muda. ya, aku tidak jatuh hati. maaf. lelaki india itu terkejut dengan sapaan aku yang bersemangat.

ENCIKKKKKK, ada orang mau pukul perempuan!!
itu laki india mau minta duit laahh...sana dekat tangga tengah,,kasi cepat pergi tengok!!

*harus juga aku nak cakap dengan slanga*

phewwww...lega bila dia terus berlari ke tempat kejadian.

walaupun aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu, tetapi aku rasa aku dah dapat buat sesuatu yang baik untuk 1Malaysia..(tetibe)

aku malas pula nak turun tengok aksi-aksi kot-kotlah ada fight ke kannn?
sebab tak pasal-pasal hero jahat tamil tuh ingat muka aku lepas tuh bakar aku dalam ladang kambing.isk.ngeri.

cukup-cukuplah aku nak cari pasal lagi.
kadang-kadang aku terlalu act natural sampai main ikut go with the flow.

ada ke aku marah dengan lori yang bagi high beam kat aku memalam bute kat traffic light.
*eh drebar bodolah kau nii, tak nampak ke lampu merahh!*

dia buat lagi berkali-kali.
*ehhh,melampau kau nihhh..kau ingat kau besarrrr aku takut?

ntahh macam mana aku dengan selamba bagi middle finger aku kat cermin pandang belakang sambil bagi pandangan seolah-olah,*hey, this is your death angel, now lemme take you to hell*
(macam bagus)

lampu hijau.

lori tuh follow aku dari belakang.
shissshhhh, bukan tadi dia nak masuk kiri ke?
SUDAH!


apa lagi, aku sengaja bakar drebar bongok tuh sebab nak cari pasal dengan orang yang penat baru kemas rumah sebab aku baru pindah (last year) pastuh tengah kelaparan macam hantu raya.aku drive macam haram jadah selowwww gila-gila.

haha.padan muka.

dia potong. damnnnn. aku laju.

aku slow balik.dia berjaya potong sambil mulut sedang maki-maki aku.

aku buat-buat tak nampak. tetapi yea tuan-tuan,aku gelak.

sampai kat selekoh,lane telah jadi satu lane sahaja.

lori tuh berhenti, mengahalang perjalanan aku.drebar tuh sengaja.

dia turun.

aku pun turunkan sikit tingkap aku.

*apehalll?
-deyyy, apa awak tunjuk?ingat saya tada nampak kaaa? hahh!
*sape suruh awak kasi beam-beam hah! mata saya sakit tau!
-deyyyy,suruh kasi jalan laaahh.itu jalan mau pigi kirilahh,sumaa orang jalan lah kalo itu lampu pun merahhh..sini tada kisah..apa pasal you mau tunjuk jari..
*sini punya orang punya style apakah saya peduli apa..lampu merah merah laah takbley jalan juga! saya pun bukan orang sini, saya lalu saja,apahaall..

aku selamba je bertengkar dengan yaa,drebar india awal 40-an itu yang sudah semakin berang sebabkan jari tengah aku yang comel. dalam hati aku berdoa agar dia tak pecahkan cermin kereta aku nih..aku dah sesak sekarang..

sambil kami bertekak lagi, kereta dah menyirappp sebab dah jammm..maka honn honn mereka telah menyelamatkan aku dari kene sesah dengan drebar tuh..

terus aku dengan poyo sound uncle tuh.
*deyyyhh,,kasi bawak you punyer lori lahh..tengok brapa banyak kereta kat belakang..

hahahhaaha..terus uncle tu blah dengan tensennya.

aku pula, terus jalan-jalan dengan tanpa tujuan sebab takut uncle tuh stalk aku.hahaha..

akhiran, aku melepak sampai pagi kat merata-rata tempat dengan menyusahkan orang-orang supaya meraka pun takyah tidur..haha..

alhamdulillah, Ya Allah..aku mohon Engkau terus lindungi aku dalam jagaanMu,sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah lagi hina dina..aminnnn...

August 23, 2010

teruskan begitu Fhara!

keterujaan kau
senyuman kau
bicara ghairah kau
tawa riang kau




aku senang lihat kau begitu.



teruskanlah =)


Fhara, let him lead ok?

July 12, 2010

Abduction

mr. kidnapper,


thanks for the trip!


short.fun.fulfillment!


please.

i am willing to be as your hostage again..huhu~

May 11, 2010

cinta dalam hati

dari telinga kanan hingga ke telinga kiri..

pusing pusing!

semua dok cakap pasal kahwin.!!

tak pasal-pasal semua tanya bila aku nak kahwin?

aku pun tak tahu! hahaha~

kesian mama, bila orang dok tanya, bila kawan -kawan dia, saudara sepupu papatnya pun bertanyakan soalan yang serupa.

nasib mama sangat cool!
beliau terus jawab: dia ada banyak benda nak buat sebelum kahwin.

tahun 2009, mama dan kakak ku sibuk mencari calon -calon untuk dijodohkan.aha!
tersentap nok! beriya pula.
nasib mama sedar keinginan dan cara hidup aku tak sama dengan anak -anak gadis di luar sana, lalu tahun 2010 mama meluahkan pada kakakku yang dia juga tak mahu aku berkahwin awal.

terharu, aku tahu mama akan rasa sunyi nanti. hmmmm.
aku tetap anak kecil dia.
masih mahu dia suapkan aku,dodoikan aku dengan suara merdunya itu.
aku masih mahu bermanja dengan nya.

haih! still aku merasa kadang-kadang mengapa aku masih tak fikir nak berkahwin.
asyik kesana sini dengan lelaki-lelaki. haih.memang lah tak manis dipandang orang,
tetapi aku lebih selesa lepak dengan kaum mereka ini.
bila difikirkan balik, aku terlalu lali dengan lelaki sampai kadang-kadang aku tak hairan dengan perasaan mereka yang mahu mendekati dan mendalami perasaan aku.

bila ada perempuan yang cemburu kerana aku keluar melepak dengan jantan-jantan idaman mereka, aku hanya mampu ketawa sahaja. mungkin aku bertuah dikelilingi lelaki-lelaki hot (pandangan dari perempuan yang cemburu tadi) tetapi kekurangannya ialah ada lelaki yang takut dengan aku kerana mereka fikir aku memandang pada rupa....oh oh,anda silap! no no..

Anda semua dapat peluang percubaan,asalkan tahu bagaimana. Walaupun anda kacak, tetapi jika perilaku anda menjengkelkan saya,confirm wa blah dari lu awal-awal lah weyyh.
dan kebiasaannya lelaki kacak suka sangat *terlalu kawal macho* which is so fake!
sedangkan saya lebih gemar anda dengan gaya bersahaja iaitu gaya jujur dengan diri sendiri.

ewah,ini dah macam tips memikat saya pula!

peringatan: kalau salah langkah confirm kau dapat makian percuma,indah sangat tau!

tuhan maha adil, bagi hati yang tidak mencari cinta lelaki berlumba-lumba datang membawa harapan.
tetapi bagi mereka yang mengharap cinta,takda pula lelaki datang bawa hati nak bagi kat diorang.kan?

(mengapa? cuba renung-renungkan)
kerana hati yang amat mengharap cinta itu kadang terdorong dek nafsu. nafsu akan membawa engkau ke jalan kemaksiatan.maka cinta yang engkau idamkan ialah cinta hawa nafsu.sebab tuhlah engkau sukar mendapat cinta. Tuhan telah cuba berikan terbaik untuk engkau hindarkan cinta sebegitu tetapi mengapa engkau tidak mensyukuri lalu mengingkarNya....


oh yah, pada fhara,fate, geng2 masa kecik dulu, sekarang mak-mak mereka pun dah sebok carikan calon.
aha.goyang korang!
makcik,anak-anak makcik belom berminat lagi pada perkahwinan!


September 02, 2009

aku dia dan gitar itu

malam itu indah fharah..
dia menunggu sampai ketibaanku..
biar show lambat asal aku ada untuknya malam itu..
mereka di sana tersengih ala kerang bila melihat aku kembali untuk kali kedua..
tapi kali ini gf dia tiada (oh gf lagi ke??)
yaa, pada kali pertama aku beri kejutan pada dia..
terpancar seri muka tergamam tanpa kata melainkan keghairahan melampau..
yaa dia sedang ghairah melihat kedatangan aku..
menyapa gf nya yang sedang khusyuk, (gf kee lagi?? )
situasi gf nya bersandar pada nya, dia tepis perlahan..
namun gf nya tetap mahukan sandaran itu..
tapi dia, memanjangkan tangannya untuk mencapai daku..
dan..
mereka mereka disana melihat kami
SEGITIGA




sampai kapan pun ini akan terjadi aku tak tahu..
layaknya seperti ceritera cinta

''Bertanya sang bayu padaku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu?Oh…
Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu Oh..
Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku dihatimu yang tersayang
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi (hanya mimpi)
Akhirnya nanti kecewa


ahhh,pedulikan pandangan mereka..
mereka tidak tahu kisah di sebalik tabir itu..
aku berkorban untuk mereka..
biarkan kisah itu fharah..
yang penting malam itu tanpa gf nya..
matanya menatap aku sepanjang persembahan..
para gadis di sekeliling mencebik..
cemburu barangkali..
aku biarkan sahaja mereka..
tak luak pun..
dia masih menanti aku..
setelah tujuh tahun..
aku masih kembali tanpa jawapan..
dan dia meminta..
biarlah hingga sepuluh tahun pun..
dia masih sanggup..
aku kelu..
mungkin jika Tuhan putarkan kembali masa itu,aku mampu beri jawapan yang dia inginkan..
kini, kau ,aku dan gitarmu hanya sekadar sandiwara bila keinginan menjelma..
aku tetap sayang kau..
kerna kau penglipur lara di kala hati di calit luka..
maafkan aku kecewakan kau di saat akhir pre-merdeka session..
jika berubi-tubi pertemuan kita nanti jatuh pula reputasi mu..
apa pula kata mereka..
aku, sang kekasih gelap?
"Climb out of your bedroom window, lets go wherever you wanna go"
"and tonight i will make you mine"
aku tersenyum simpul tatkala dia nyanyi..
...............................................................................................................

August 17, 2009

bila gian!




hey engkau wahai blog!
dah lama aku tak mengemas kini (update) dan menulis sesuatu di sini...

kau tahu tak..

aku sibuk..
akan tetapi..

aku tetap merindui serta mengingati engkau....



PAHAM??



aku memang macam tuh...selama mana aku senyap, aku tetap ingat dan rindu..

lagi- lagi bila hari hujan.
aku sangat suka bila hujan turun.bau panas rembang lembap itu mengasyikkan.
masa kecik-kecik bila hujan lebat aku berlari-lari ke dapur(mesti korang tertanya-tanya,mengapa ke dapur,bukan ke luar angkat jemuran)
ehhehehehe.
sebab aku nak jerang air panas..
lepastuh, bancuh kopi..
sluuuuuurrpppp..kaw kaw punye.
bawa masuk bilik,tarik comforter dengan selimut,betulkan kedudukan bantal..
buka tingkap sikit je (kalau luas-luas nanti tempias masuk okay, kena katil aku)
pastuh renung kat tiap titisan hujan yang jatuh..(okay tipula, tak kan lak aku larat tenung beribu-ribu titisan yang turun kan??)
dah penat menghargai kejadian alam yang tercipta tuh..
aku akan ambil satu buku cerita dan memulakan habit aku membaca.
lalalalalalalala~

sampai terlelap..

membaca??
rasa-rasa dah 5 tahun aku tinggalkan habit ini.

walhal dulu,kalau dapat buku aku lupa dunia.
segalanya..
makan, minum,mandi,kawan,tv,kerja sekolah,dan ntah apa-apa lagi..
oleh sebab aku gile pulun membaca..
aku kena bagi ucapan atau lebih kurang macam ceramah la kat sekolah

*bagaimana nak membina minat membaca*

harhar harhar
gile babi arhh..aku yang kecik molek nii bagi ceramah kat depan budak-budak sekolah nih..

dah lah aku ada sindrom guruh gemuruh.

memang syoklah, sebab lepas aku dah lupa apa next line yang aku sepatotnya cakap..
pastuh aku membebel ntah pape, sampai aku dengan selamba suggest je

*korang boleh start baca komik if rasa novel macam bosan,sapa kata komik tak bagus (masatuh semangat cakap meluap-luap hahaha) bagus taw!! saya pun belajar banyak benda bila baca komik..
(mase tuh aku pun kerling arr kat deretan cikgu-cikgu,,semua buat muka cam hangeeeennnn,siap bagi sign suruh cepat-cepat tukar topik..hahahahahaha,tapi aku selamba sebat gaks membebel)
hahaha.lepas abesh berceramah dapat hadiah dan duit.woohohohohohoho..
pastuh duit itu abeshh aku lebur kat shopping mall..hehehehe..

hahaha.sebenarnya aku nak membebel pasal benda laen,asal laks jadi cerita pasal hujan dan membaca???
ini mesti kes gian nak taip kat blog punye pasal..hahahhahaha..
takpe takpe,ini belog kau,suka hati kau la nak tulis pasal apa dan panjang mana okayh!
awwwwwwww~
aku teringat tempoh hari..

a: i jahat sangat ke?

z:................................

a: jahat sangat ke i ni?

z: jahat kot,pada i..

a: urmm..*kecewa*

lalu,aku try memujukla..(kahkah,aku ni memang fail pujuk orang,tak reti memujuk,takda ayat-ayat besh..kejam,keras dan apa -apa lagi yang tak berguna)

z:tapi,at least u bagitau i, yang u jahat...dan i memang dah tahu u jahat.
daripada, i rasa, i tahu yang sesorang itu baik,nampak baik, berkelakuan baik..
tetapi..in the end...dia buat jahat belakang i...
lagi macam babi sakit hati i rasa okay..

dahlar terang-terang nak menipu,sedangkan i dah tahu sume benda since august untill january..
5 bulan rileks je i ..tapi boleh nak menipu lagi tuh depan muka i..tak boley blah..

a:sorry..i tak dapat jadi bf yang sempurna untuk u..*sigh*
z:sokayhh..i tak perlukan kesempurnaan..(GILE POYO) at least, u tak buat i stress ^__^
tak merajuk,mengada-ngada macam perempuan gediks!
a: *grinssss* happy mode~~


*****************************************


di suatu saat sebelum perbualan di atas.....

ada sedikit perselisihan..


z:dah larh..i tak nak kawan u..jahat!

a:memang lah kita bukan nya kawan..

z:kita memang kawan..

a:dulu memang kita kawan..sekarang tak..i kan bf u..

z:macam mana pun kita tetap berkawan..

a:mana ada, kita kan pasangan kekasih..mana ada kawan-kawan..

z:ahhahahaha..(aku mampu ketawa,"pasangan kekasih")

(..oh dramatik juga mamat nih..ingat 24 jam keras,ada gaks ayat novel-novelan??)

awwww awwww..Why am I with you, I pun tak tahu ...lalala~

***********************************************

masa berjumpa seorang kawan lama di mamak..

ng:ohh,zaza...

w: ^_____^

z:hye hye ng~~
okayh.borak zaman dulu..bla bla bla bla.
ng:yela yela,,sapa la nak dengan aku.semua pompuan nak budak celup nih je.(mencebik kat w)

w:hahaha,yeke..kau sure ke?

ng:yela babi puteh,semua nak kat kau..tuh yang tak besh kawan dengan kau..

w:ha ah,semua pompuan nak kat aku..KECUALI DIA!!

z:WHAT???? aku ke?? hahaha..sebab kau lelaki bodoh!

w:grrrrrrrr~~~tengok! sampai sekarang pun dia reject aku..

semalam w hantar pesanan ringkas yang buat aku ketawa tergolek-golek..haishhh~


"tuh ler, dah try 7 tahun, tak dapat dapat lagi..haihhh, sedih tol ohh..i takut u jer yang menyesal nanti"

ayat terakhir tuh buat aku tergamam jap..lepas tuh gelak balik..terus aku balas..

"hantar rm15k kat rumah i ok??"

w jawab: "mas kahwin ke"

aku tepuk kepala, aduhai..apela nasib, nihlah kalau dapat yang celup-celup nih,kurang adat!

"w,maksud i, wang hantaran lah"

"mahalnyaaa! i takut lepas kahwin, u nanti minta cerai pula..rugilah i"

"yela kalau dah tiap malam u asyik dalam studio kan??"

"tapi kalau u ada dalam studio tengok i keje,sure tak jadi keje punye"

hahaha~ aku pun tak pasti..aku suka, aku cinta??mungkin sekadar seronok-seronok sahaja..cinta?? aku dah lupa bagaimana..

perhaps now, aku sukakan seseorang yang aku rasa dia boleh bawa rasa cinta.
(nota:dia bukan bf aku atau si w,or bukan juga kakaseh simpanan or lelaki simpanan aku)

tetapi aku takut.
itu yang menghalang.


takut perkara lama akan berulang lagi.fobia lebih tepat.

mr johan pernah nasihat kan aku untuk mengaku sahaja depan lelaki itu..
akan tetapi!!!!!!
aku tak pernah plak seumur hidup mengaku depan mana-mana lelaki

*aku suka akan dikau*

DAMNNNNNNNNNNNN,,biarlah dulu aku takut dan aku tak tahu bagaimana nak berkata..

yang aku tahu, aku suka dia..inilah perasaan yang pertama kalinya aku rasa..

yang aku benar-benar suka tanpa paksaan..yang aku tak pernah rasa sepanjang hidup ini..


kamu!

bertuah tau! takda lelaki lain yang dapat feel saya yang sebegini tau!
cish~ hahahaha..bila aku akan berkahwin ntah..
jangan jadi macam ghost of past girlfriends..versi aku plaks~

May 14, 2009

may 14

selamat hari lahir


may 14.


(Bo~: ni gamba lg nmpk cam owg mati)



p/s: si jahat, u jahat sowang2 jew eh. i xmo! <3

May 12, 2009

haiiiSssHH cinabeng letih

aku baru je selesai isi borang spa..

itupun setelah surat sampai suruh aku "pergilah isi borang"

DAMMMMNNNNN! memang benci aku isi borang on9 nih..

saket pinggang terkedek-kedek plak nak isi.leceh.

dahtuh jawatan yang ada..

  • jurubahasa serentak (aku teringin gaks.ahaks.)
  • pustakawan (dah pernah jadi)
  • leftenan maritim (sure aku lebih "shinning")
  • pegawai hidupan liar (gile aku nak sangat!!!, NANDOS ada potensi jugak)
  • pegawai makmal filem (??? xray filem kah??)
  • pegawai siasatan (minat tapi layak kah??)
  • pemeriksa kapal terbang (PACAT je layak!)
  • pegawai teknologi makanan (BO paling sesuai!)
  • perangkawan (????- goggle sendiri)
macam susah je nak pilih 5 sebab takde relation dengan study aku..
(akauntan, juru audit aku dah tolak tepi..haha..)

p/s: kewangan adalah bidang aku.

NOTA PENTING: BLOGGERS,, tolong nasihat aku sedikit. lagi-lagi yang dah ada pengalaman keje kerajaan..*banyak kursus,kene pakai tudung* haahaha *banyak orang dengki* (mereka yang cakap)


Minggu ini menanti, mungkin sahaja aku lapor diri dekat sini.

Selayaknya bidang aku memang duduk di sini. Tapi, makin cepat lah pecah otak.



besh.tp.stress.

p/s/s: kalau keje kerajaan, goyang kaki.
kalau keje swasta, goyang kepala. ( bile migrain, perlu head banging.haha.)


nota khas: CIK FIEZA >> macam mana, kalau 2-2 kita dapat??
Maka, kena tunai janji,ikrar,sumpah?
Melepas arr nak tengok ^yakuza TPM^
hihi =)

May 08, 2009

anak- anak moden/ modern...

Cerita pendek 1:


Lokasi:- kelas agama (tadika)


ustazah: erisya! mengapa kamu asyik ke tandas sahaja?

erisya: ustazah! dia ni ha yang asyik ajak saya teman dia pergi tandas.. (sambil mata merenung kawannya..**muka tak puas hati)

ustazah: apa hal nya? (hairan, sambil pandang kawan erisya)

kawan si erisya, tunduk-tunduk ayam sambil kesat pipi yang basah...

erisya: Ntah dia nih,,asyik-asyik nak nangis! (terus menghadap muka kawan dia dan..........)
WEEEII! berhentilah nangis.. mak kau tuh cume pergi JB, bukan pergi MATI!

ustazah: terkedu..!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita pendek 2:

Lokasi: Dalam kereta di stesyen minyak


Dekna': Apa yang MakDek buat dalam tuh..?
Lamaaaaa sangat....panaslaa..
MakDek nih pergi kedai ke pergi MATI?

Aku: Terkojol mata! 0_0''

p/s: Dekna baru berusia 3tahun..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita pendek 3:

Lokasi: Dalam kereta...menuju ke Kuantan- Pekan, Pahang...

(bosan giler, kematu montot,jauh nak MAM!)


pasangla muzik..(dari telefon mudah alih/ bimbit) ** f**k IT (Dont want you back) by Eamon

driver: F**k it..WAN,,i dont want you back!

(nota: beliau menyanyi ikut irama dan lirik sendiri suka-suki)


-----------------------berulangkali si driver ini melalak-lalak----

Dekna': Ibu... MakDek nih tengah mencarut kan??

Ibu: Errrk.. huuuhuhu yela kot.. (muka taktau nak jawab ape lagi)


kesimpulan: Advance sungguh budak zaman kini. Memang PETAH BERCAKAP..

Nota: aku pun tak berani sound kawan pasal MATI..damn,,rasa dah kalah dengan si ERisya dan Dekna..Darjah 3 baru aku tahu maksud F**K tuh..ada orang dah umur 21tahun tak tahu maksud F**K tuh..(kenalan kawan aku masa diploma.. lawak tol minah tuh...)

p/s: Ini semua aku belajar masa ikut kawan aku balik kampung dia kat Pahang..hebat anak-anak buah dia..(terkedu aku)



ini Sungai Pahang.

May 07, 2009

Lelaki Oh! Lelaki...

Dia cemburu. aku suka.

Dia prihatin. aku suka.

Dia kasih. aku suka juga.

Dia chenta. aku kurang suka.


Aku tak pasti. Biarkan dia dengan bersama fantasi chenta dia terhadap aku. =)


Dia eksperimental chenta gilaku.
aku suka yang ini.

Dia berisiko. aku lebih lagi. dia tak tahu. dan aku takkan pernah beritahu.

Dia lain. Aku yakin. sangat pasti.


oke. hentikan.

(haha, Dey if u read this, surely u gonna laugh out at mapley later..so, diam-diam sudah..aku macam sedikit rindu Dia oke..yesh, at last kene admit..hahaha..kesian Dia sebab aku asyik menghampakan Dia..)

Lelaki..

kaum yang selalu bikin hati kaum Hawa tak keruan..


mengapakah mereka masih ingin merangkul aku dalam dakapan mereka jika mulut kata tidak sayang..?

mengapakah masih ingin memaut tangan aku jika hati tidak suka..?

mengapakah mereka masih ingin bermanja denganku jika perasaan tidak wujud..? (mengade-ngader, malas aku nak layan..)

haruskan mereka mengurut kaki aku tika aku tidak sakit..? (sengaja, gatal..)

haruskah mereka memaut pinggangku dengan alasan aku nakal seperti kanak-kanak kecil..?

(ape punye, lame excuse daaa...)

haruskah mereka memegang tangan ku bila melintas jalan..? (dey,aku amat expert oke..)

haruskah.....??



maafkan aku...

kerana aku seringkali..



menghentikan harapan, angan-angan, cita -cita mereka terhadap aku..

yang sebenar, aku sendiri berasa sesal memperlakukan mereka sedemikian rupa..

aku tidak pernah berjanji apa-apa kan?

maaf sekali lagi jika sifat-sifat yang aku tonjolkan meraih perhatian mereka..


kamu semua masih sama, masih sepe
rti yang biasa..

lelaki Oh! lelaki..


mereka gagal meraih aku..

sekali lagi..

tewas..


hanya kerana nafsu dan kegopohan mereka, mereka akan masih yang sama..

aku bohsan dengan ayat- ayat penglipur lara mereka..ia tidak memberi kesan padaku..

maka, cuba usaha yang lain yah? ;)

bBy..kKh..a-AA...LL.b...Ann..mMy..sHhsHh..Fzz..Mm..Iqqy..miLky..tAffy..rie2....s.B.p..

fa2..faaN..pPpy..alamak..makin banyak pula dosa aku atas mereka-mereka ini jika aku terus senaraikan.. Ops, aku takut..


wahai lelaki..

bukan aku memilih..

cuma aku suka bersama mereka, lelaki Oh! lelaki...korang insan yang menyeronokan ^___^

maka, semua sama rata! ^__ ~ SUMPAH...(sah-sah tableyh pakai!)




p/s: ada mamat kasi nasihat 'jangan memilih'.

(agaknye memang dia ikut prinsip 'jangan memilih' kot sebab pilihan dia OMG!.. O___0 )





si jahat. aku rindu. kali ini. benar.!

April 21, 2009

badak!


comeyh!~~
grrrrrrr...
yeaHHh that's how we roll together baby!~
rOck n' rOLL

mood: menahan nafsu grrrrrrrrRRrrrr!~~

April 19, 2009

mengomel dalam diri sendiri

hahahahaha....18 april morning2...

(suke sangat...gedik gedik)

selepas penyesalan semalam...ada kelegaan yang lain...thanks to mr beruang selatan the panjang galah grrrrr.... =) (gedik lagi...ya ampun!)

ok.....zaza...stop the sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna...(btw...small things...tetapi...aku yang fikir sangat..shooot!)

well..seseorang sudah jauh..okey..mungkin salah aku...mungkin ada terselit sedikit rindu(nota: yaa,,aku sukar mengaku aku rindu)...mungkin ada susah hati..mungkin sebab aku tak mendalami jiwa keperempuananku...erhaghhh.....sudahlah...

tadi saja sudah ternampak....no wonder,sudah ada kegembiraan baru..yayayaya salah akukah?...mungkin lagi.....aku berpoya-poya meliar liar di pelosok dunia yang lain,melupakan engkau...(maaf aku memang tak reti pujuk orang..)

well well aku tak kisah(nota:aku suka mengalah kerna bile mengalah Tuhan beri yang lebih hebat =) ..)...kerna aku tidak pernah punyai pengharapan, dimana pengharapan aku sudah terbang...dan terus aku pula terbang meneroka keluasan dan kesempitan dunia ini..dengan cara aku sendiri,,

mereka yang pincang terus mengata aku dengan pelbagai kata-kata nista,tomahan yang sombong lagi maha hebat(aku ampunkan...) sebab aku mengejar sesuatu yang dipanggil pengalaman...
sesuatu yang aku tahu aku tak mampu beli dan bayar untuknya......

TUHAN..
maafkan aku..
maafkan aku jika mereka berasa benci dengan kehadiran aku, aku si ciptaanMU..
maafkan aku kerana aku jadi insan yang membencikan...

dan

maafkan mereka yang membenci aku..
maafkan mereka yang mengumpatku..
maafkan mereka yang bersangka buruk..
maafkan mereka yang hasad dengki..
maafkan meraka yang jahil lagi naif..
maafkan mereka kerana mereka tidak sedar...
maafkan meraka kerana mereka hilang pertimbangan...
maafkan mereka kerana mereka tidak kenal dunia...(dah kenal akhirat sangatkah??)
maafkan mereka kerana mereka dibayangi dengan syaitan dan iblis yang menghasut....
maafkan mereka jika meraka merasakan hidup mereka sudah sempurna...
kerana hambaMu yang sempurna cuma KEKASIHMU..

juga

maafkan aku Tuhan..
kerana aku masih berjalan mencari kebenaran di atas kepalsuan dunia...
sedangkan telah tertulis kebenaran di atas kalam itu...
yang telah jarang aku selami...
yang telah jarang aku ungkapi...
(oh! mungkarnya aku...)

maafkan jika aku berubah polar hidupku...

namun aku menanti saat itu...
saat aku pulang ke pangkuanMu..
sebagaimana yang kau inginkan....


---:::>
oh ya..monolog aku tadi..sedikit memberi kesan...dalam diri aku...hahaha...ini mungkin adalah entri ku yang paling panjang ya..ditujukan khas untuk ingatan diriku sendiri..incase aku lupa..karna, semakin hari daya ingatan aku sudah berkurangan..imunisasiku juga sudah lemah..pemikiran aku makin tumpul..daya taa'kulan aku juga sudah menurun..urmmmm...balasan jika kita tak guna untuk jalanNya...(sapa suruh kau jalan sana jalan sini)

Mood: super gumbira! / grrrrrrrrr!




March 12, 2009

GEMPAR!

BADANG DI TEMUI!!!!


kejadian berlaku ketika kami nak naik benda alah nih...
memang selalunya kami naik bende alah nih yang di panggil shuttle van..
dari parking nak ke syurga memang kene naek bende alah nih..(sbb malas nak jalan kaki..)

TApi masa nak naek tadi, tak dapat buka pintu..

tetiberr.. si ibu ANAI-ANAI menawarkan diri untuk membuka pintu bagi anak_anaknya..

....ZOoooooOOoppp....

pintu tak terbuka TETAPI!!...

van telah bergeraK ke belakang dengan daya tarikan dan kuasa si ibu anai anai..


KAGUMNYAAAAA driver van itu dengan kuasa ibu anai anai..ataupun telah GLAMERRRRR SEKARANG dengan

NAMA MANJANYAAA>>>>>>> BADANG!~


p/s ::: owhh..badang tak makan muntah...just suke mamam


ASAM TAIK IDUNG je!













February 02, 2009

catatan 'si dia'

kepada si 'dia'.......

aku hidup senang, bebas, bahagia..(kalau itu yg kau mahu tahu)
cukuplah nk nasihat diri aku..
aku tahu jage diri aku..
kau xperlu nak actin 'saya selalu fikirkan awak, sama seperti bf awak'
(maaf, tugas anda dah selesai..dah lama selesai..-end-)

kau kisah kehidupan kau,
biar aku urus cara hidup aku yg aku sendiri tahu, paham dan percaya.
ok?
dan tak perlu kau nak cerita perihal hidupmu.
aku tak berminat.

berhenti bertanya tentang aku dari kenalan kita mahupun teman-teman aku.
(apa faedahnya??)

baek kau risau tentang hidup kau yg xcapai apa2 yg bagus pun..(at least u shud do sumthin wif ur grades,membazir duit je..kn? kalo x achieve ape2..)

kalau korang yg baca blog aku nie..rase aku blagak..biarlaa..kn?? hidup aku sendiri,bukan kau orang yg rase..

dan.. . . .. .. . .

tak perlu kau bagi tips..tak perlu ajar aku..kerana aku yg mgajar kau..
from zero to hero??
warna warni duniamu selain hitam duniamu sebelumnyaa..

aku masih aku..tidak berubah..sama seperti 5 tahun lalu..
..Kau juga tak berubah, yg berubah tentang kau, cume lupa pendirian dan diri sebenar kau..


apa pun..

hentikanlah.

kau pahamkan?

aku GELI.






January 06, 2009

dunia kecik?? keciknyee dUnia?? kekecikan Dunia??

heh.Blogger: syndr0me 0f rOxxstAr - Edit Post "dunia kecik?? keciknyee dUnia?? kekecikan Dunia??"

bace ayat ats tuh pon da pening!

sebenarnya.setelah aku mninggalkan bangku sekolah menengah.(walaupon zaman aku dah mgunekan khidmat kerusi plastik, yg ringan sangat,which yg aku suke gune untuk mhentak mR. D, mbuli Francis,atau memindahrandah untuk tujuan bsidangdepan kelas dikala cikgu xda!!)..

yg sebenarnya,aku yg serabut nih cume nk ckp, BAHASA MELAYU aku amat teruk setelah aku mninggalkan sekolah..even bahasa inggeris aku tidak laa seadvance mana..makanyeee aku gagal dalam bahasa2 apabila mninggalkan zaman skolah sbb kat uitm xda bahasa melayu@ MALAYSIA..kecuali CTU..hehehe..maka xda subjek tatabahasa atau silibus susun2 ayat, pembetulan ayat2 kefahaman..dan sebagainya...

maka, pnulisan dalam blog ni kdg2 amat memening kapala otak aku sendiri sbb aku bcakap/menulis berbelit- belit, n terselit-selit..even aku tidak sengau atau pelat mane2 abjad...

WHATEVER!! *handsign*

OKlaaa..merujuk kepada tajuk di atas..bahwa sy ingin menerangkan..sesungguhnyaa dunia amat kecik..
MALAYSIA juge amat kecik..
karna..
dahulu,masa sy sekolah2..
sy mahu cepat2 abesh sekolah...n kuar dr umah..tglkan org2 yg sy kenal...
mrantau jauh dr keaadan biasa,sekeliling yg biasa,org yg biasa,
*dgn alasan, AHHh aku xnk tgk muke org2 nih lg..bosan,mnyampahkan,bla bla bla...ishh..

pnyeeeRRrlaaa sonok dpt g kedah..3tahun btapa...
tp adee je makhluk yg ku knl..tsempak sane sni..ish ish..
kt melaka?? xyah cteee leee,, lg SAMA n meluatkan..
Owhh.what i mean is d ppl yg i dah kenal dlu,tetber muncul kembali..lg2 yg zmn skolah skeeett..haha
eih,gediknye! *macam dah xda tmpt nk pergi ekk??*

tp mane yg besh2 fwenn yg aku lepak smpai mate dah rabak tuh laenlah..geng2 mraban sambil mnum teh keee..korg x include laarr..Klo xpuas hati,ngko tnyeejee aku....

tp motif behind this is,,,aku tsempak gan 1 gambar yg mbwatkn aku tkezUuuuTTttt sgt smpai kecut buah ginjal aku jap..**gambar tidak dipaparkan atas sebab2 keselamatan**

pnyee jauh aku dtg,,*jauhla sgt* bckp gan org yg aku xknl..tp tetber gambar d atas mejanya,

DAAmmMMnnn!! aku kenal mamat nih..laHhhhh..*sambil mgucap pnjg*
minah nih..awek die kee??

abeshh yg kt melaka tuh awek NOMBOR BERAPA??

dgn selambe minah tuh jwb...**kteorg xsuke hebah2 hubungan kitaorg** jd yg awak nmpk tuh sumenya xbenar pon...sy laah awek sebenarnyaa...tp sy xsuke publisiti***

eh eh eh,cmlah die artis kn??

tp dunia mmg kecik,walopn aku xknl ko yg bace blog nih..tp jgn xtaw,,jgn tkejut..aku tahu ko siapa..

atau...xlama lg aku tahu siapa ko..1 hari nnt...mungkin esk..mungkin luse..mahupun tulat..kn? =)



January 01, 2009

KENAMAAN yg missing!~

nah.khuchengs2 ku masih xda name!~~~








hummmm,,,pnjg sgt name derang...



mak aku xkasi n xske name pepanjang nih!~~





tlg leerr rename..



aku da buntu pun perah otaKK..heeeee.. ~v~