October 29, 2010

bukan seperti dahulu...

aku tertawa kecil pagi ini.
setelah hati aku terdetik mengingatkan kamu.
bagaimana senyumanmu, gaya percakapanmu yang manis.
membuatkan orang kagum melihat kamu petah berbicara.
persona kamu yang memikat sesiapa sahaja yang baru mengenalimu.
tambahan pula dengan citarasa fesyen yang dikau miliki membuat mereka menoleh dua kali.

dan aku,
kagum dengan sifat rendah dirimu.
kamu tidak setipikal seperti gadis yang segolongan denganmu.
kerna kekagumanku, aku canangkan kepada semua betapa aku bangga dengan budi bicara dan sifat luhur mu.

dan aku,
bangga pernah menjadi sahabatmu.
ya,
kita pernah sahabat.

aku hargai apa sahaja pengalaman pahit manis aku denganmu.
terima kasih sahabat.

maafkan jika selama ini tidak aku sedari tutur bahasa dan sikap aku yang kurang disenangi.
aku harap kamu berterus terang denganku jika kamu benar-benar faham akan erti sahabat.
tetapi baru ku tahu,
perempuan apakah kamu ini.
sejujurnya aku kesal.
kamu sedikit pun tidak menyatakan perkara ini denganku.

yaa tak perlu rasa meluat dengan entri kali ini.
kamu sudah lama simpan pun rasa itu.
dan ini kali yang keduanya.
tak mengapa teruskan begitu.

aku harap kamu terus dengan kegembiraan yang kamu impikan.
aku sentiasa doakan untukmu.
kerna dari dahulu kebahagiaan kamu tak pernah kekal.
tetapi aku harap kali ini kebahagiaan akan kekal untuk selamanya dan kejayaan sentiasa mengungguli hidupmu.

hanya kerana sekelumit perasaan cemburu dan tidak puas hati telah menukarkan satu hubungan persahabatan kepada kebencian.

aku tidak salahkan sahabat aku kerna dia manusia biasa dengan pandangannya tersendiri.
segala tohmahan yang beliau lemparkan aku terima sahaja, kerna memang sifat aku yang lebih suka mendiam diri dan beralah kepada keadaan supaya keaadaan menjadi lebih mudah bagi orang yang membenci aku agar dia mahupun sesiapa tak perlu berada dalam masalah terlalu lama.

kerana masa sentiasa bergerak dan masalah hanya akan melambatkan kita.
sedangkan di dunia masih banyak pancaroba yang perlu ditempuhi, dugaan yang diberi dan sudah tentu perkara-perkara yang menarik yang membuatkan kita tersenyum dan bersyukur kerna masih bernafas di dunia yang sementara ini.

dan aku masih berharap jika suatu hari kita boleh lupakan segala.
akan kembali tertawa mengenangkan kebodohan diri.
dan bercerita betapa suksesnya kehidupan kamu dan anak-anak.
tentang apa yang kita lalui di masa muda itu.

p/s: perpisahan ini lebih pedih dari berpisah dengan boyfriend aku dulu kot. at least you were there for me. and we got each others back.thanks ;B

3 comments:

fhhhh said...

Kalau ikutkan waktu sekolah, & until now,
aku akan cari budak yang mengganggu perasaan si pendek aku ni.
Nak ajar die cara2 besyukur sebab dapat sahabat seperti pendek aku ni.
tapi sebab die tak reti nak besyukur, so maapkan la die.
jom g kedai beli chewing gum :)

syndrome of roXstar said...

joMmmm..pastikan black and white gums and gummy bears gums 5 bijik!

paCat said...

Woot.! woot.!