October 25, 2010

wOnder woMan

rasa janggal bila kat tempat sendiri.

pelik.

tetapi itulah yang sering aku rasakan bila aku jalan kat terminal one.

dulu masa kecik-kecik ni lahh tempat lepak. dave's deli wajib duduk sampai 3pat jam.takpun 3pat kali keluar masuk.haha.

tetapi, tempat tuh dah takda lagi.

tetapi lagi, ini bukan cerita yang ingin di kongsi. ngengs!

oh ya, memang lepas dah dapat usha handbag untuk mama kat parkson terus aku angkat kaki pergi kat parking terminal yang scary mary tuh.

panjat tangga sikit ala-ala kau sihat dan kuat.

tetibe,

aci, money aci..aciii moneylaaa &&%###$$@@**

terkejut aku, damnnn bukan mamat tuh cakap dengan aku lah!

dia cakap dalam tamil kot,sah sah aku bukan orang yang tepat untuk berbahasa dengan beliau!

lokasi: tangga parking terminal one tingkat 7L

ohhh, shiiiiisss mamat india nih sedang seakan mengugut seorang gadis india dalam lingkungan pertengahan 20-an. siap jerkah-jerkah sambil tangan ketuk-ketuk dinding nak tampar-tamparnya gadis dihadapannya dengan lagak macho ala-ala hero jahat filrm tamil kat tv2 tuh.

gadis yang berpakaian baju kurung berwarna turqouise, memeluk erat failnya ke dada, wajahnya resah seakan-akan malu dengan situasi dihadapan aku, dan beberapa lelaki cina yang kelihatan takut-takut nak meneruskan perjalanan menaiki tangga itu.

sempat aku kerling mata aku ke dada gadis itu, bukanlah nak ukur saiz bra dia cup A ke B ke.. cuma aku tertarik dengan nametag yang tersemat..terus kepala otak aku rasa..mesti beliau ini seorang cikgu!YES, pandainyeeeee aku!

ok, setelah aku berjaya dalam teka&menang, aku kembali ke dunia realiti.
ok, gadis itu dalam kesusahan.check.
dia perlukan pertolongan.check.
aku, sebagai manusia budiman.check
senjata..ergh kunci kereta je yang ada.check.
emosi,masih terkawal.check.

mamat yang berang tuh terus pandang aku, sebab aku seorang je masih tercegat macam patung depan diorang seolah-olah ingin terus meyaksikan ada happy ending tak?

bodoh kau ni.nak mati ke! *cara mata mamat tuh pandang aku*

aku pandailah giler.aku ada degree!and aku harap aku tak mati sebelum impian aku termakbul! *cara aku replied balik pandangan beliau*

pertarungan mata antara aku dan mamat india ini tidak boleh di lanjutkan lagi.

aku mengalah.

teruskan perjalanan.

sambil melangkah aku toleh kembali ke belakang.

mata gadis itu menyorot perlahan dengan harapan aku masih boleh membantu dia.

shiiiiiisssshhh tak sampai hati aku.lemah!

masa itu aku berdoa, Ya Allah, kenapalah bukan aku yang kau kurniakan super power!

kenapa,kenapa jin hijau bodoh dalam iklan tuh boleh dapat superrr power!! tak adil!

terus aku berlari kecewa ke kereta.isk isk.kenapa bukan aku wonder woman?

KENAPA!!!!!

enjin kereta dah start mengaum, tapi aku masih berat hati lagi.
masa aku betulkan cermin pandang belakang, tiba-tiba ada lelaki berpakaian seragam warna putih merah.

YES!! terima kasih Ya Allah.


aku berlari keluar dari kereta, dan terus menyerbu pegawai keselamatan yang masih muda. ya muda. ya, aku tidak jatuh hati. maaf. lelaki india itu terkejut dengan sapaan aku yang bersemangat.

ENCIKKKKKK, ada orang mau pukul perempuan!!
itu laki india mau minta duit laahh...sana dekat tangga tengah,,kasi cepat pergi tengok!!

*harus juga aku nak cakap dengan slanga*

phewwww...lega bila dia terus berlari ke tempat kejadian.

walaupun aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu, tetapi aku rasa aku dah dapat buat sesuatu yang baik untuk 1Malaysia..(tetibe)

aku malas pula nak turun tengok aksi-aksi kot-kotlah ada fight ke kannn?
sebab tak pasal-pasal hero jahat tamil tuh ingat muka aku lepas tuh bakar aku dalam ladang kambing.isk.ngeri.

cukup-cukuplah aku nak cari pasal lagi.
kadang-kadang aku terlalu act natural sampai main ikut go with the flow.

ada ke aku marah dengan lori yang bagi high beam kat aku memalam bute kat traffic light.
*eh drebar bodolah kau nii, tak nampak ke lampu merahh!*

dia buat lagi berkali-kali.
*ehhh,melampau kau nihhh..kau ingat kau besarrrr aku takut?

ntahh macam mana aku dengan selamba bagi middle finger aku kat cermin pandang belakang sambil bagi pandangan seolah-olah,*hey, this is your death angel, now lemme take you to hell*
(macam bagus)

lampu hijau.

lori tuh follow aku dari belakang.
shissshhhh, bukan tadi dia nak masuk kiri ke?
SUDAH!


apa lagi, aku sengaja bakar drebar bongok tuh sebab nak cari pasal dengan orang yang penat baru kemas rumah sebab aku baru pindah (last year) pastuh tengah kelaparan macam hantu raya.aku drive macam haram jadah selowwww gila-gila.

haha.padan muka.

dia potong. damnnnn. aku laju.

aku slow balik.dia berjaya potong sambil mulut sedang maki-maki aku.

aku buat-buat tak nampak. tetapi yea tuan-tuan,aku gelak.

sampai kat selekoh,lane telah jadi satu lane sahaja.

lori tuh berhenti, mengahalang perjalanan aku.drebar tuh sengaja.

dia turun.

aku pun turunkan sikit tingkap aku.

*apehalll?
-deyyy, apa awak tunjuk?ingat saya tada nampak kaaa? hahh!
*sape suruh awak kasi beam-beam hah! mata saya sakit tau!
-deyyyy,suruh kasi jalan laaahh.itu jalan mau pigi kirilahh,sumaa orang jalan lah kalo itu lampu pun merahhh..sini tada kisah..apa pasal you mau tunjuk jari..
*sini punya orang punya style apakah saya peduli apa..lampu merah merah laah takbley jalan juga! saya pun bukan orang sini, saya lalu saja,apahaall..

aku selamba je bertengkar dengan yaa,drebar india awal 40-an itu yang sudah semakin berang sebabkan jari tengah aku yang comel. dalam hati aku berdoa agar dia tak pecahkan cermin kereta aku nih..aku dah sesak sekarang..

sambil kami bertekak lagi, kereta dah menyirappp sebab dah jammm..maka honn honn mereka telah menyelamatkan aku dari kene sesah dengan drebar tuh..

terus aku dengan poyo sound uncle tuh.
*deyyyhh,,kasi bawak you punyer lori lahh..tengok brapa banyak kereta kat belakang..

hahahhaaha..terus uncle tu blah dengan tensennya.

aku pula, terus jalan-jalan dengan tanpa tujuan sebab takut uncle tuh stalk aku.hahaha..

akhiran, aku melepak sampai pagi kat merata-rata tempat dengan menyusahkan orang-orang supaya meraka pun takyah tidur..haha..

alhamdulillah, Ya Allah..aku mohon Engkau terus lindungi aku dalam jagaanMu,sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah lagi hina dina..aminnnn...

No comments: