September 06, 2010

biasan di akhiran ramadhan

Lambaian Syawal semakin hampir
Ramadhan pula berlabuh pergi

tinggal 3 hari lagi umat Islam akan merayakan hari yang mulia
yaaaa

HARI RAYA!!!!!!!!

rayayayyayayayyayaya!!!


dalam kita sibuk nak beraya sakan nih, ada baiknya kita melihat serba sedikit perkara yang berlaku di bulan ramadhan ini, antaranya...

anak remaja (terutamanya lelaki) semakin bongkak, tanpa segan silu
makan, minum, dan merokok di khalayak ramai.
lepak depan Pavillion berkepul-kepul asap disedut.
dengan gaya 'cool' bajet stylo gituh, minum tanpa rasa bersalah.

depan kolej-kolej swasta ada gerai pisang, minuman berlonggok-longgok spesis anak remaja ini
membeli belah, makan dengan sombong sambil menegok air tak menghiraukan orang lalu-lalang memerhatikan kelakuan biadap mereka.

Ya Allah, bongkaknya mereka itu. mereka bangga dengan perbuatan mereka.
menunjuk lagak di hadapan khalayak.
fikirlah anak muda,
apa yang kamu dapat?

tunjukkan lah kebodohan kamu dengan bangganya,
kerna kami tidak merasa apa,
cuma aku berharap kamu cepatlah sedar,
sekadar berlagak sombong sesama kita,
kami tak mampu berbalas apa,
tetapi yang Satu mampu memberi sekelip mata.


sudah menjadi trend kanak-kanak sekarang yang mahu menjadi dewasa sangat.
berlagak entah apa-apa, fikiran mahu injak matang
malangnya tak cukup masak.

*sigh

No comments: