October 14, 2011

#2

I don't see myself as giving up

I seeing it as another way out

I don't like hoping

I don't like dreaming

Why would you love doing so

Why do you let yourself hurting you for

I just led the life leads me

To the unexpected, wonderful,horrible life could be

Somehow I defined it as my adventure

In this so unknown world

Where we could be lost in our journey

Where we could step into the darkest place of nowhere

Where we could stop and shed some lights after all

To finally seeing the beautiful colors of earth

and you


Some said I just being silly
Some said I dare to risk this game

Somehow I've said, I don't mind
Because you never knew it all

Somehow I just randomly wrote this
It was so spontaneously
To my surprise
I realized now
How you've changed my world

;)

Home 1445

October 13, 2011

Eng K. Au

Tatkala hati terdetik memikirkan engkau
Minda bercelaru mengenangkan engkau
Perasaan semakin resah pabila persoalan
Tentang engkau dan dia yang selama ini
Sering berputar-putar dalam benak fikiran
Semakin hari semakin ku pasti
Jawapan yang ku nanti kini terdampar
Dari mulut mereka-mereka...

Aku mengalah
Aku kalah

Asalkan engkau bahagia
Asalkan engkau ketawa
Asalkan engkau masih seperti dulu
Cuma aku tahu
Pasti sedikit beda
Dengan adanya Dia..

Aku sentiasa mengagumimu
Sampai akhir waktu

June 27, 2011

beautiful liar, (though you're not so pretty)

there is one real thing, i dont really get it.





WHAT DO YOU WANT FROM ME??






silence is the best treatment against psycho like you.





*im not crazy over your rage. deal with it!



June 22, 2011

welcome, thank you, and goodbye!

ohh its been a while since my last post.

i almost forgot the email address as well as the password. *daaaang!

goshh! i guess this happens to those people who rarely blog.

well,, congratulation me!

as this is my first entry of the year 2011, (its already midyear, duck!)

boohoo ;(


eherm eherm,, well how to start??


by, Hello People! (i guess...?)



*why are you smirky???*


hahahaha. ok not so funny at all.


fine!!

leave my page now and stop browsing this url ever again!




bye!



*thank you for killing my mood*





December 14, 2010

gelabah lah kau perempuan.


kau memang minah gelabah.
dah popular sangat ke?
satu Malaysia dah kenal ke?

eh, aku sikit pun tak heran.


tak payah lah nak gelabah sangat dengan aku yang tak cool ni.


ITU JE!

November 20, 2010

l.o.v.e this


i l.o.v.e baby
kids

i want to have my own

but

will i have them someday?





hey you,please find me here.
so that i can have my own kids.

where are you?


October 29, 2010

bukan seperti dahulu...

aku tertawa kecil pagi ini.
setelah hati aku terdetik mengingatkan kamu.
bagaimana senyumanmu, gaya percakapanmu yang manis.
membuatkan orang kagum melihat kamu petah berbicara.
persona kamu yang memikat sesiapa sahaja yang baru mengenalimu.
tambahan pula dengan citarasa fesyen yang dikau miliki membuat mereka menoleh dua kali.

dan aku,
kagum dengan sifat rendah dirimu.
kamu tidak setipikal seperti gadis yang segolongan denganmu.
kerna kekagumanku, aku canangkan kepada semua betapa aku bangga dengan budi bicara dan sifat luhur mu.

dan aku,
bangga pernah menjadi sahabatmu.
ya,
kita pernah sahabat.

aku hargai apa sahaja pengalaman pahit manis aku denganmu.
terima kasih sahabat.

maafkan jika selama ini tidak aku sedari tutur bahasa dan sikap aku yang kurang disenangi.
aku harap kamu berterus terang denganku jika kamu benar-benar faham akan erti sahabat.
tetapi baru ku tahu,
perempuan apakah kamu ini.
sejujurnya aku kesal.
kamu sedikit pun tidak menyatakan perkara ini denganku.

yaa tak perlu rasa meluat dengan entri kali ini.
kamu sudah lama simpan pun rasa itu.
dan ini kali yang keduanya.
tak mengapa teruskan begitu.

aku harap kamu terus dengan kegembiraan yang kamu impikan.
aku sentiasa doakan untukmu.
kerna dari dahulu kebahagiaan kamu tak pernah kekal.
tetapi aku harap kali ini kebahagiaan akan kekal untuk selamanya dan kejayaan sentiasa mengungguli hidupmu.

hanya kerana sekelumit perasaan cemburu dan tidak puas hati telah menukarkan satu hubungan persahabatan kepada kebencian.

aku tidak salahkan sahabat aku kerna dia manusia biasa dengan pandangannya tersendiri.
segala tohmahan yang beliau lemparkan aku terima sahaja, kerna memang sifat aku yang lebih suka mendiam diri dan beralah kepada keadaan supaya keaadaan menjadi lebih mudah bagi orang yang membenci aku agar dia mahupun sesiapa tak perlu berada dalam masalah terlalu lama.

kerana masa sentiasa bergerak dan masalah hanya akan melambatkan kita.
sedangkan di dunia masih banyak pancaroba yang perlu ditempuhi, dugaan yang diberi dan sudah tentu perkara-perkara yang menarik yang membuatkan kita tersenyum dan bersyukur kerna masih bernafas di dunia yang sementara ini.

dan aku masih berharap jika suatu hari kita boleh lupakan segala.
akan kembali tertawa mengenangkan kebodohan diri.
dan bercerita betapa suksesnya kehidupan kamu dan anak-anak.
tentang apa yang kita lalui di masa muda itu.

p/s: perpisahan ini lebih pedih dari berpisah dengan boyfriend aku dulu kot. at least you were there for me. and we got each others back.thanks ;B

October 25, 2010

wOnder woMan

rasa janggal bila kat tempat sendiri.

pelik.

tetapi itulah yang sering aku rasakan bila aku jalan kat terminal one.

dulu masa kecik-kecik ni lahh tempat lepak. dave's deli wajib duduk sampai 3pat jam.takpun 3pat kali keluar masuk.haha.

tetapi, tempat tuh dah takda lagi.

tetapi lagi, ini bukan cerita yang ingin di kongsi. ngengs!

oh ya, memang lepas dah dapat usha handbag untuk mama kat parkson terus aku angkat kaki pergi kat parking terminal yang scary mary tuh.

panjat tangga sikit ala-ala kau sihat dan kuat.

tetibe,

aci, money aci..aciii moneylaaa &&%###$$@@**

terkejut aku, damnnn bukan mamat tuh cakap dengan aku lah!

dia cakap dalam tamil kot,sah sah aku bukan orang yang tepat untuk berbahasa dengan beliau!

lokasi: tangga parking terminal one tingkat 7L

ohhh, shiiiiisss mamat india nih sedang seakan mengugut seorang gadis india dalam lingkungan pertengahan 20-an. siap jerkah-jerkah sambil tangan ketuk-ketuk dinding nak tampar-tamparnya gadis dihadapannya dengan lagak macho ala-ala hero jahat filrm tamil kat tv2 tuh.

gadis yang berpakaian baju kurung berwarna turqouise, memeluk erat failnya ke dada, wajahnya resah seakan-akan malu dengan situasi dihadapan aku, dan beberapa lelaki cina yang kelihatan takut-takut nak meneruskan perjalanan menaiki tangga itu.

sempat aku kerling mata aku ke dada gadis itu, bukanlah nak ukur saiz bra dia cup A ke B ke.. cuma aku tertarik dengan nametag yang tersemat..terus kepala otak aku rasa..mesti beliau ini seorang cikgu!YES, pandainyeeeee aku!

ok, setelah aku berjaya dalam teka&menang, aku kembali ke dunia realiti.
ok, gadis itu dalam kesusahan.check.
dia perlukan pertolongan.check.
aku, sebagai manusia budiman.check
senjata..ergh kunci kereta je yang ada.check.
emosi,masih terkawal.check.

mamat yang berang tuh terus pandang aku, sebab aku seorang je masih tercegat macam patung depan diorang seolah-olah ingin terus meyaksikan ada happy ending tak?

bodoh kau ni.nak mati ke! *cara mata mamat tuh pandang aku*

aku pandailah giler.aku ada degree!and aku harap aku tak mati sebelum impian aku termakbul! *cara aku replied balik pandangan beliau*

pertarungan mata antara aku dan mamat india ini tidak boleh di lanjutkan lagi.

aku mengalah.

teruskan perjalanan.

sambil melangkah aku toleh kembali ke belakang.

mata gadis itu menyorot perlahan dengan harapan aku masih boleh membantu dia.

shiiiiiisssshhh tak sampai hati aku.lemah!

masa itu aku berdoa, Ya Allah, kenapalah bukan aku yang kau kurniakan super power!

kenapa,kenapa jin hijau bodoh dalam iklan tuh boleh dapat superrr power!! tak adil!

terus aku berlari kecewa ke kereta.isk isk.kenapa bukan aku wonder woman?

KENAPA!!!!!

enjin kereta dah start mengaum, tapi aku masih berat hati lagi.
masa aku betulkan cermin pandang belakang, tiba-tiba ada lelaki berpakaian seragam warna putih merah.

YES!! terima kasih Ya Allah.


aku berlari keluar dari kereta, dan terus menyerbu pegawai keselamatan yang masih muda. ya muda. ya, aku tidak jatuh hati. maaf. lelaki india itu terkejut dengan sapaan aku yang bersemangat.

ENCIKKKKKK, ada orang mau pukul perempuan!!
itu laki india mau minta duit laahh...sana dekat tangga tengah,,kasi cepat pergi tengok!!

*harus juga aku nak cakap dengan slanga*

phewwww...lega bila dia terus berlari ke tempat kejadian.

walaupun aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu, tetapi aku rasa aku dah dapat buat sesuatu yang baik untuk 1Malaysia..(tetibe)

aku malas pula nak turun tengok aksi-aksi kot-kotlah ada fight ke kannn?
sebab tak pasal-pasal hero jahat tamil tuh ingat muka aku lepas tuh bakar aku dalam ladang kambing.isk.ngeri.

cukup-cukuplah aku nak cari pasal lagi.
kadang-kadang aku terlalu act natural sampai main ikut go with the flow.

ada ke aku marah dengan lori yang bagi high beam kat aku memalam bute kat traffic light.
*eh drebar bodolah kau nii, tak nampak ke lampu merahh!*

dia buat lagi berkali-kali.
*ehhh,melampau kau nihhh..kau ingat kau besarrrr aku takut?

ntahh macam mana aku dengan selamba bagi middle finger aku kat cermin pandang belakang sambil bagi pandangan seolah-olah,*hey, this is your death angel, now lemme take you to hell*
(macam bagus)

lampu hijau.

lori tuh follow aku dari belakang.
shissshhhh, bukan tadi dia nak masuk kiri ke?
SUDAH!


apa lagi, aku sengaja bakar drebar bongok tuh sebab nak cari pasal dengan orang yang penat baru kemas rumah sebab aku baru pindah (last year) pastuh tengah kelaparan macam hantu raya.aku drive macam haram jadah selowwww gila-gila.

haha.padan muka.

dia potong. damnnnn. aku laju.

aku slow balik.dia berjaya potong sambil mulut sedang maki-maki aku.

aku buat-buat tak nampak. tetapi yea tuan-tuan,aku gelak.

sampai kat selekoh,lane telah jadi satu lane sahaja.

lori tuh berhenti, mengahalang perjalanan aku.drebar tuh sengaja.

dia turun.

aku pun turunkan sikit tingkap aku.

*apehalll?
-deyyy, apa awak tunjuk?ingat saya tada nampak kaaa? hahh!
*sape suruh awak kasi beam-beam hah! mata saya sakit tau!
-deyyyy,suruh kasi jalan laaahh.itu jalan mau pigi kirilahh,sumaa orang jalan lah kalo itu lampu pun merahhh..sini tada kisah..apa pasal you mau tunjuk jari..
*sini punya orang punya style apakah saya peduli apa..lampu merah merah laah takbley jalan juga! saya pun bukan orang sini, saya lalu saja,apahaall..

aku selamba je bertengkar dengan yaa,drebar india awal 40-an itu yang sudah semakin berang sebabkan jari tengah aku yang comel. dalam hati aku berdoa agar dia tak pecahkan cermin kereta aku nih..aku dah sesak sekarang..

sambil kami bertekak lagi, kereta dah menyirappp sebab dah jammm..maka honn honn mereka telah menyelamatkan aku dari kene sesah dengan drebar tuh..

terus aku dengan poyo sound uncle tuh.
*deyyyhh,,kasi bawak you punyer lori lahh..tengok brapa banyak kereta kat belakang..

hahahhaaha..terus uncle tu blah dengan tensennya.

aku pula, terus jalan-jalan dengan tanpa tujuan sebab takut uncle tuh stalk aku.hahaha..

akhiran, aku melepak sampai pagi kat merata-rata tempat dengan menyusahkan orang-orang supaya meraka pun takyah tidur..haha..

alhamdulillah, Ya Allah..aku mohon Engkau terus lindungi aku dalam jagaanMu,sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah lagi hina dina..aminnnn...

September 06, 2010

biasan di akhiran ramadhan

Lambaian Syawal semakin hampir
Ramadhan pula berlabuh pergi

tinggal 3 hari lagi umat Islam akan merayakan hari yang mulia
yaaaa

HARI RAYA!!!!!!!!

rayayayyayayayyayaya!!!


dalam kita sibuk nak beraya sakan nih, ada baiknya kita melihat serba sedikit perkara yang berlaku di bulan ramadhan ini, antaranya...

anak remaja (terutamanya lelaki) semakin bongkak, tanpa segan silu
makan, minum, dan merokok di khalayak ramai.
lepak depan Pavillion berkepul-kepul asap disedut.
dengan gaya 'cool' bajet stylo gituh, minum tanpa rasa bersalah.

depan kolej-kolej swasta ada gerai pisang, minuman berlonggok-longgok spesis anak remaja ini
membeli belah, makan dengan sombong sambil menegok air tak menghiraukan orang lalu-lalang memerhatikan kelakuan biadap mereka.

Ya Allah, bongkaknya mereka itu. mereka bangga dengan perbuatan mereka.
menunjuk lagak di hadapan khalayak.
fikirlah anak muda,
apa yang kamu dapat?

tunjukkan lah kebodohan kamu dengan bangganya,
kerna kami tidak merasa apa,
cuma aku berharap kamu cepatlah sedar,
sekadar berlagak sombong sesama kita,
kami tak mampu berbalas apa,
tetapi yang Satu mampu memberi sekelip mata.


sudah menjadi trend kanak-kanak sekarang yang mahu menjadi dewasa sangat.
berlagak entah apa-apa, fikiran mahu injak matang
malangnya tak cukup masak.

*sigh

September 02, 2010

ucapan Merdeka



masa hari merdeka aku dapat ucapan yang membuat aku bercampur terharu dan pilu.
dari sahabat, begini lah karangannya....
tQ tau
tQ for da food
tQ for the time
tQ for the lepak
tQ for the transport
tQ for the TAK TIDO
tQ for the sahur
tQ bawak aku jalan jalan
tQ for the story
tQ layan story aku balik
tQ bawak jumpa kawan- kawan lain
tQ bawa aku lepak tempat yang aku tak pernah pergi
tQ bawak tengok moviee tapi takda cerita and tak tengok ponn
tQ susah susah hang amik kereta nak kuaq gan aku
tQ sebab pilih lauk tuk berbuka haritu
tQ bagi aku bawak kereta hang
tQ tak marah aku even aku langgar bumper laju laju
BummmmmmmPErrrrrr!!!!
tQ za
tQ tuk semua za
take care
selamat bekerja dihari merdeka ya!
T________________T"
memang sweet ayat-ayat permulaan karangan ini,
tapi bila dah penghujung memang aku meraung
waaaaaa, kerja kerja
hate U!

August 23, 2010

teruskan begitu Fhara!

keterujaan kau
senyuman kau
bicara ghairah kau
tawa riang kau




aku senang lihat kau begitu.



teruskanlah =)


Fhara, let him lead ok?

August 19, 2010

gone !

pagi-pagi lagi mama dah text aku.



"panda,sakit perut minggu lepas tapi dah sembuh. tapi dia dah mati semalam.
terjerut leher kat pintu pagar umah jiran kita"




--------------------senyap--------------------senyap------------------------------


kehilangan lagi. isk.






dulu aku ada kucing macam nih.


aku namakan dia 'kepam'..hahah sebab memang kepam je aku tengok.


tapi dia lebih gemar jika aku panggil dia 'pam'.



hehehe,lebih molek dan enak katanya.


tapi dia mati sebab mak dia bawak lari.haih.



kadang-kadang aku tak paham ibu kucing nih.
dah bagi tempat selamat dan selesa cukup untuk haba dia dan anak-anak, masih lagi nak bawa lari ke pelosok longkang mana ntah!
terpaksa aku ke hulu hilir macam orang meroyan cari anak-anak kucing takut dibasahi hujan mahupun di makan anjing.
dari kecik lagi aku dah bela kucing.aku tengok macam mana diaorang bersalin lagi.
syahdu dan hiba!
susahnyaaaa dia meneran, sampai aku nak je tarik baby keluar dari celahan **.
tetapi, biarlah kejadian alam berlaku secara semulajadi.
setiap hari,tak sah kalau aku tak belek-belek si kenit-kenit tuh.
mengasyikkan.
=)
kalau ada yang lemah,aku paksa mereka exercise supaya kaki tangan jadi tegap.
si kenit-kenit ini juga harus belajar jadi berani dan kuat.
mereka di beri latihan khas oleh aku.
otomatiknya,aku jurulatih khas ;p
tapi
hey, semua dah takda.
pam,ibu,chantek,gina,bob,dada,olai,fido,dido,
dan ramai lagi semua dah takda.
dari generasi ibu lagi dah lama pupus.
terbaru,panda.
bye sayang.
saya baru nak manja-manja dengan kamu minggu ini.
kamu sudah pergi.
tak sempat kita nak raya lagi tahun ini.
saya nak masak kan telur rebus kesukaan kamu.
err,siapa nak teman saya buat almond london tahun ini?
kamu ada, kan?
masih memerhati saya kan?
katakan yaa..
please :'(
-p/s: pagi raya saya lawat kamu dulu yah!
-p/ss: penulis sedih,maka tak mahu kenang banyak kisah dia dan panda.
lainkali aja yah!

August 15, 2010

update again

hai peeps!


lama tak hapdate blog!! bersawang-sawang ku nampak..

Oh so, randomly, a short update:

-MTV worldstage
-demam,demam,demam,damn
-doa selamat sana sini
-ramadhan,selamat berpuasa semua
-buka puasa sana sini~


will be back with full story after this!

=p

stay tuned!

July 25, 2010

tiK tOK!

the clock is ticking.
the time is running.
i cant barely breathing.
Ya Allah, berat sungguh untuk aku pikul.
tetapi yakinkan aku ini yang terbaik.

July 22, 2010

if Only i Knew it!!!!!

this could be the worst week ever in my life.
EVER!
in MY LIFE!!
this is worst than break-up stories, divorce cases,(exception to r.i.p)
within this 3 days, i only chewwy my toblerone, ikan bilis bun, and goreng pisang.
hummmmm.
im a dead fish by the end of week.
people, i am REALLY SORRY.